Wednesday, December 22, 2010

Kenapa aku mimpikan dia??

adoih,,xde org lain ker nak muncul dlm mimpi aku ni,,aku dah lupekan die seratus peratus ker??atau aku rindukan dia?pelik la cara mimpi tu..seolah2 die akan cuba betulkan kembali apa dah berlaku,,tapi pada mase yg sama die sudah jahanamkan sesuatu bende tu..mcm ade sesuatu yg nk sambung kembali..
bg aku dalam idup aku ia dah berlalu,,sama je seperti sekarang,kalo bende tu berlaku pon,yang satu ni pon ckp aku mcm nak xnak jek.ape bezanya??.sape suruh kan??

 tu la.. menyesal pon x guna,,da ckup puas aku menyesal atas sesuatu bende..banyak kerugian kat situ..aku x reti la..

yg bermain dipikiran aku skarang:-
''ape maksud die erk???knapa aku terlalu sygkan die mase dalam mimpi tu??"
mcm bodo je bunyinye kan?..fikirkan skali lg...knapa perlu aku ingat die lg??perlu ke?atau satu keperluan??keperluan harian ke keperluan bulanan??atau tahunan??peliks2...

Why?Why?,why?....(mcm org cina jwb telefon)

xpe la..aku x ingin pun melangkah lg dlm idup dia..terkilan benor..lg pon lame2 aku lupe la tu..jd xperlu aku kisahkan sgt bende ni,,mimpi tu mainan tidur..xbermakna apa2 kalo aku mimpikan dia skalipon..

denga ceritanya mu bahagia skrang,,teruskan je la,,buat ape mu ingat aku lg dan menyesal??x guna la kawan,,

aku mampus doh nilai kemanusiaan dan perasaan disebabkan peluang terakhir yg telah di musnahkan,dan di jahanamkan oleh aku sendiri..mu xdok tempat dlm ati aku lg..penuh..no chance,,hehehe...

Thursday, November 4, 2010

terang lagi tersorok

rasa itu..
yang dulu selalu kucurahkan,
kini kian hilang,
kian pudar,
ku cari sumur bersisa,
hanya debu yang terhampar,
entah dimana lagi kan ku cari,
manisan-manisan cinta,
tiada lagi,

perempuan,
kau mahu aku,
untuk apapun yang kau perlu,
aku sedia,untuk segala urusanmu,
namun aku percaya,
cinta bukanlah yang kau perlu,
lebih dari lelaki sepertiku,

percayalah,
ku tahu apa kau rasa,
andai kau kunci di lubuk jiwa,
tetaplah tertulis di riak muka,
setiap kata bicara,
hanya sihir bibir nan nyata,
terima kasih kisah lalu,
sukar untuk aku kembali
mempercayai nistamu,

dengarlah,
bunga tak tumbuh di pasu beracun
maafkan aku,
jika kau mengharap seorang pembantu,
aku hanya berlaku adil untuk diriku,
sesungguhnya aku puas mencintai dirimu,
cinta yang menanti diluar hatimu,

kau sedar bila kau disakiti,
tapi pernahkah kau sedar,
jika lakumu menyakitkan?
ya perempuan,
helahmu bukan mainan,
namun aku tak selamanya buta,
biarlah sampai disini sahaja,
kerana rasaku kini bukanlah cinta,
hanyalah derita..

Aku Siapa?

kalau,

gelak,ejek,telanjangkan aku sekalipun,
hina aku depan kawan-kawan kau,
aku masih dapat sabar,
aku masih sayang kau,

halal untuk kau gelak buruk rosak rupaku,
halal untuk kau tunjuk muka jengkel padaku,
halal untuk kau hina penghargaanku,

tak apa,
aku boleh terima,
aku cuma boleh sabar,

lebih dari itu aku pernah rasa,
tak mengapa aku dah biasa,
cuma,aku harap kau tak lupa,
aku siapa,aku siapa,aku siapa,

kalau kau ingat aku siapa,
barangkali kau tak buat itu semua,
tapi tak mengapa,aku terima,
aku masih sayangkan kau,

biar aku belajar redha,
biar aku ambil hati,terasa,
biar aku diejek,dihina,
biar aku bersabar,tak apa,
aku sayangkan kau,
aku tahu kau tahu,

cuma,
ingat kembali aku siapa,
ungkit kait memori lama,
mungkin kau dah lupa aku siapa,
yang kau takkan terbayar,
upah dan harga hati nya,

aku sayangkan kau,
hanya itu buat aku lupa,
rasa apa yang aku rasa,
bila kau lupa aku siapa,

tak ada apa-apa kot,
cuma, mungkin aku terasa.

CINTA??

cinta,
mende ade dengan cinta?
sayang ke?rindu ke?,
tak pernah masuk akal,
orang yang dirindu,
boleh jadi orang yang kejam,
orang yang disayang,
boleh rimas pada penyayangnya,
tak pernah masuk akal,

mereka kata cinta itu buta,
sejak bila cinta ada mata?,
kenapa org pula boleh bertemu kerana cinta???
cinta cuma bawa kau dan aku merana,
cinta suka bila aku kecewa,
mereka buta,mereka tak paham,

cinta,
jadi alasan untuk kau setia?
walau hati kau patah dikecewa?,
masih kau jadikan ikatan untuk terus bersama?,
walau madu dah takde,
tinggal sepah untuk kau cerna,
masih guna alasan cinta?
Sudah-sudah la tu,

benarkah kau masih cinta?
sila semak semula,
kalau-kalau kau terlupa,
sebab utama kau derita,
menangis tak berlagu tanpa suara,
makan minum tak terjaga,
kaji kronologi cinta kau berdua,
kalau kau masih tidak lupa,
kali terakhir kau dimanja,
kali terakhir kau rasa dicinta,

kini yang kau juga merasa,
samalah seperti apa yang aku rasa,
hanya kehilangan,
tak lebih tak kurang,
mungkin kerana karma,
cerita lama yang kau tak 'sengaja',
rasakan apa yang ku terima,
kini kita sama..

Hanya Sekaki Pemergianmu.

betapa aku cuba memiliki,
hanya sial yang mendatang,
terhempas karam terhanyut lari,
bila sekuat hati cuba ku genggam,

dan aku cuba menanti,
penanti tak bererti,
rupanya tak mendekat lagi,
tak akan kembali lagi,

sekaki tak mungkin bertaut,
hanya sekaki katanya,
fahamlah aku akan isi hatinya,
maka semeterlah akan sekaki,

aku dan kau dah tak sama,
telah nyata dahulu ku buta,
kini ku sedar alam nan nyata,
hanya khayalku yang sempurna,
wahai diriku,

mengapalah hati masih terseksa
walaupun sekadar khabar cerita
cemburu kah hati yang mendengar
cinta di hati yang pernah mekar

bicara apakahyang bermain di hati
manakan sayang dan benci dapat setalam
sedang derita ku sendiri tak berhenti

melulukah hatiku bicara sendiri
menurut rasa kelam terbenam
memujuk hati yang telah mati

kalaupun kau mengerti
itu cuma untuk dirimu sendiri
yang kau sendiri alami
kau sendiri yang menangisi

kalau dunia berlaku adil padamu
tuhan itu maha adil bagiku
berhati hatilah dalam keputusan mu
kerana esok dan lusa bukan milik mu...

Kau percaya Tak

ada manusia yang kau cinta,
sampai kau buta akan jahat hatinya,
benar-benar jahat hatinya,
kau percaya tak?

kalau dia benar-benar mual dengan rupa kau,
kalau dia benar-benar bosan dengan diri kau,
kalau dia benar-benar cuma niat berkawan dengan kau,
kau percaya tak?
kau terima tak?

dia benar-benar rimas dengan kau,
dia benar-benar tak peduli pada kau,
dia benar-benar tak simpan perasaan untuk kau,
dia benar-benar niat nak menjaga kau,
walaupun dirinya sudah berpunya,
tapi dia masih sayangkan kau,
kau masih tak percaya?

kau cinta dia sepenuh hati,
sampai kau sendiri balik jalan kaki,
walaupun dia cuma perlu teman pergi cc,
walaupun tinggal kat rumah dia 3 hari,
kau dah girang gila babi,
kau dah tahu syaitan suka menghasut,
tapi kau tak peduli,
janji kau puas hati,

kau rindu dia sampai nak mati,
sanggup tahan makan maggi,
ikat perut sebab dia dah janji,
hujung minggu pergi joli,
tapi janji tinggal janji,
kosong,,.

kau masih tak percaya?

bukan dia yang jahat,
dasar otak kau rosak,
mana ada bidadari di dunia,
mengharaplah sampai gila,


kalau kau tanya aku,
aku tak percaya,

bidadari aku ada,
aku yang cipta,
cuma bukan aku,
dia nak terima,

aku dah gila,
kau percaya?

tiba-tiba aku teringat,
aku pernah baca,
cinta ibarat pasir,
genggamlah sekuat-kuat hati,
tetap lari ikut celah jari,
kau sendiri yang rugi,
dalam yahoo messenger,
ada yang cakap kat aku,
cinta macam rama-rama,
penat kau kejar sana-sini,
cuba kau buat bodoh dan diam,
tengok apa jadi,

itu mereka cakap,
memang betul,
apa kena mengena dengan aku?
faham sendiri sudah,

aku?
aku tak percaya,
dia masih bidadari aku,
dan aku malaikat penjaga,
jaga dari jauh di hujung tasik sana,

ini bukan 'happy ending'
just luahan nak sedapkan hati,
tunjuk lah bukti bahawa bidadariku jahat,
aku tak akan percaya,

aku bodoh?hahahaha… :p
aku lebih suka disumpah seranah
dari diberi kata kata manis
aku lebih suka dicaci maki
dari mendengar kata kata yang damai
aku lebih suka membenci
kerana harapan bila menjelma
sakit nya lebih dari sakit dibenci

kerana harapan hanya bayang-bayang
yang tak mungkin akan terjadi
walaupun si dia tidak memberi
hati yang bodoh ini sentiasa menanti

jadi aku tidak mahu hati sentiasa menanti
kerana dirinya bukan ada pada aku lagi
hanya pada orang yang lebih layak menunjuk
sangat sakit bila harapan datang

walau tak diundang tak diberi
biarlah aku dibenci dan di caci
biar aku tinggal kebencian di hati
tak sanggup aku menanggung seksa pada harapan

biar sayang itu tinggal sayang
kerana sayang ku tiada guna nya pada dia
kerana tiada erti nya sekadar sayang
perlu kepandaian,rupa dan harta
menjamin sayang itu kekal

itulah perempuan masa kini
yang maju dan mampu bersaing
bercita cita tinggi

kononnya,
biarlah aku hidup di dalam dunia khayalan,
khayalan yang tak sepadan dengan dunia kini
kerana si dia tidak pernah akan mengerti
hanya tahu dirinya sakit terasa
tidak pernah mengerti seksa diriku.

bukan seperti dahulu......................

oh kasih...
knapa kau hadir dalam hidupku,
kenapa?kenapa?kenapa?
terseksa aku akan kehadiranmu,
membawa luka sejuta penyesalan,

andai aku mengerti,
adakah aku menerima segala macam dugaan?
perit aku menahan luka untuk ke berapa kali,,
sakitnya...

andai kau tahu apa yang aku tahu,
nescaya kau akan menyesal,
sepertimana penyesalanku terhadapmu,
renunganmu,pemikiranmu,
senyumanmu,tawamu,..
hanyalah kenangan semata..

kini,
yang tinggal hanya secebis kasih,
secebis rindu untuk kenangan bersama,
suka duka kita menempuhi alam bersama,
tawa canda kita melayari bahtera,,

kini,,
aku bukan lagi aku,
aku bukan lagi seperti dulu.
aku adalah aku..
kamu adalah kamu..
bukan lagi seperti dahulu..

Kian............

Kian jauh.. kian hilang, kasih antara kita.
Nampak tenang pada zahirnya,
tapi batin terseksa.
Yang terguris tak nampak dimata..
yang terhiris terluka.
Sesekali terbit airmata menahan sebak didada.
Resah kian melanda.
Dimanakah hendak ku khabar..
pilu didalam dada.
Bila kasih dihujungnya nyawa..
rasa ingin dimanja.
perasaanku kian tersentuh..
bila rindu ini berlabuh.
Apakah yang dikejar dalam hidupmu..
berkali ku kata padamu.
Kita singgah di dunia yang sementara..
penuh tipu daya.
Yang kekal disana..
biarlah kita bersama.
Usahlah hanyut terus terlena..
kerana dunia.
Pada aku masih ada..
kasih belum terhakis.
Sebenarnya sudah lama..
ku sungguh berkecil hati...

p/s::teringat kt sorang tu...hak3..

pergilah dirimu sendiri......

belum pun sudah reda sengsara,
datang lagi ujian dari-Nya,
seperti kaca dihempas pecah,
tak tertanggung azab di jiwa,
jika dicerai badan dan kepala,
mungkin selesai azab dunia,
tapi hidup terus mencari cinta,
selagi jasad dan nyawa masih bersama,

kalau dapat ku putarkan dunia kembali,
mungkin keadaan tidak seperti sekarang,
takdir telah ditentukan,
inilah ujian dan cabaran,

orang selalu memberi nasihat,
bahawa cinta itu membutakan,
membutakan ati dan perasaan,
namun aku tidak pernah beringat,
sentiasa terjerumus hinggakan lupa,
lupa segala-galanya,
merasakan diri sempurna dengan nya,
sesungguhnya aku telah ditipu syaitan,
yang terjadi sumpah tak disangka,
janji dimeterai entah kemana,
merpati yang jinak menjadi liar,
seperti dirasuk makhluk durjana,
yang telah lama terpendam di jiwa,


baru aku tersedar kini,
azab akibatnya buta dan lalai,
punah semua harapan dihati,
terasa berlaga tulang dan hati,
benci dan sayang bermain di hati,
tak mungkin dia dapat ku lupa,
tak mungkin dia dapat ku benci,
kerana hati telah terikat dengan dirinya,
umpama "welding plate besi",
terpatri mati dihati utuh hingga kini,

sungguhpun kasih tak berbalas lagi,
sungguhpun jauh dirinya terbang pergi,
pergi meninngalkan aku sendiri,
sungguhpun sempurna dirinya sendiri,
sungguh sekali kasih ku tak akan hilang..

Saturday, October 23, 2010

YG KU DAMBAKAN..

Andai itu petanda cinta

apa yang tersurat apa yang tersirat

Andai itu petanda sayang

apa yang terluah apa yg terungkap

Andai itu petanda rindu

apa yang dirasa apa yang dipendam

Aq perlukan seseorang

yang mampu bertahan tanpa aku disisinya

Aq perlukan seseorang

yang mampu berdiri sendiri tanpa aq menyokongnya

Aq perlukan seseorang

yang mampu menghadapi segala halangan

Walau aq tiada menemaninya

Aq perlukan seorang yang lantang berbicara

walau aq tiada meniup semangatnya

Aq perlukan seseorang yang berani

supaya aq yakin bila bersamanya

Aq perlukan seseorang yang kental

supaya aq x gentar bila bersamanya

Aq perlukan seseorang yang beriman

agar boleh membimbingku ke jalan kebenaran

Aq perlukan seseorang yang taat

agar menjadi kebanggaan kedua orang tuanya

Aq perlukan seseorang yang rela mengorbankan cintanya

Demi menuruti kemahuan orang tuanya

Dikala aq memberinya peluang untuk memilih

Dia mengalirkan airmata kerana kerelaanku

Dikala dia bergembira

Dia tidak melupai insan yang memberikan kebahagiaan buatnya

Aku perlukan mereka yang seperti ini kerana

Mereka yang sebegitu adalah sempurna dimataku…

Jadilah seseorang  yang layak kubanggakan…

Aku tak perlukan MEREKA

Yang hanya tahu menangis bila dugaaan menimpa

Yang hanya tahu berdiam diri tanpa berusaha

Yang hanya tahu menunding jari kesilapan orang lain

Yang mementingkan diri sendiri  tanpa memikirkan risiko dikemudian hari

Yang hanya tahu difahami tapi langsung tak memahami

Yang membelakangkan kedua orang tua demi menuruti kata hatinya

Yang lemah semangat bila impian tak tercapai

Yang mudah putus asa sedangkan peluang masa terbuka

Yang memghambakan cinta sumber kehidupannya

Yang tidak yakin dengan dirinya sedangkan dia BOLEH

Yang mengatakan akulah punca kemusnahaannya..

Friday, October 22, 2010

Tanda Jatuh Cinta

Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.

1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

Thursday, October 21, 2010

Mendung tak bereti hujan..

yakinlah itu satu cubaan... aku ingin kau tahu isi hatiku... hanya untukmu selamanya.. biarpun beribu bintang yg datang hatiku hanya untukmu... percayalah.. tiada insan lain yg dapat menggantikan dirimu.


Aku percaya.. suatu hari nanti pasti akan terbuka pintu hatimu buatku.. akan kunantikan saat itu untuk selamanya.. datanglah padaku walaupun hanya untuk seketika.. akan ku nantikan jawapan yang pasti darimu...

Ingin Sekali Aku

Ingin sekali,
ku lukis sekeping karya,
yang terciptanya dari,
rasa sayang sesama manusia,
di kala rindu dan jatuh cinta,
suka duka tak hilang bahagia

namun aku tak punya apa-apa,
tiada pelangi untukku jadikan tinta,
buat mewarna sekeping karya,
untukku jual pada yang merasa,
dengan harapan beroleh akan hatinya,
agar rindu dendamku hilang di jiwa,

biarlah tinggal jadi fikiran,
hendak digapai terlalu tinggi,
biar hidupku berteman khayalan,
dari dibelai cinta simpati,

Bila Sendirian...

Bila sendirian, aku sering terbayang wajahmu yg belum pernah aku temui tapi ingin sekali aku bertemu denganmu... walaupun hanya seketika waktu.. berilah aku peluang utk mengenali dirimu...wahai teman.. pernah ku mencuba utk lupakan dirimu.. tapi.. aku tak terdaya. kau sering hadir dalam mimpiku.. Mengapa??? aku tak terdaya menghadapinya lagi.. muncullah kau hanya utk seketika dihadapanku..Walaupn aku tak hingin....

Tuesday, October 19, 2010

Sakit ke ape?

setiap hari,keluhan demi keluhan dilepaskan
melepaskan rasa bersalah,terkilan,kedukaan
untuk menjaga hati seorang wanita

tetapi aku tetap bertahan untuknya,
sampai aku sendiri dalam kesakitan yg amat sgt,
hendak dibuang terasa syg sgt,
apakan daya aku,

oh tuhan,
andai benarlah ketentuanmu,
tabahkan hatiku dengan ketentuan mu,
segala tetapan yg ditetatpkan adalah semata-mata kerana-MU,

aku terima segalanya dengan redha,
andai dia memang untukku,
dekatkanlah dia padaku..
segala ketentuan hidupku berada ditanganMu..

country visit